Jika anda mengalami masalah pendengaran, adalah penting untuk menanganinya secepat mungkin. Kami menawarkan saringan pendengaran percuma yang cepat dan tidak menyakitkan, yang dapat membantu anda mengenal pasti sebarang isu yang mungkin ada. Anda boleh menjadualkan saringan anda dengan menghubungi kami di 1800882032, menghantar mesej di WhatsApp, atau mengisi borang janji temu kami.
Semasa saringan, pasukan kami akan menilai pendengaran anda dan mengenal pasti sebarang masalah yang mungkin ada. Pengesanan awal masalah pendengaran adalah penting untuk mencegah kerosakan lebih lanjut pada pendengaran anda. Jika tidak dirawat, kehilangan pendengaran boleh membawa kepada komplikasi yang memberi kesan kepada keseluruhan kesihatan dan kesejahteraan anda.
Jika anda tidak pasti sama ada anda memerlukan saringan pendengaran, cuba ujian pendengaran dalam talian percuma selama 3 minit kami di Kuala Lumpur. Ambil kawalan terhadap kesihatan pendengaran anda hari ini dengan menjadualkan saringan percuma dan mengenal pasti sebarang isu lebih awal untuk mencegah kerosakan lanjut. Tempah ujian audiometri di Malaysia dengan kami sekarang. T&C Terpakai.
1.Penilaian Gaya Hidup
Pertama, pegawai pemulihan pendengaran akan membincangkan tentang sejarah kesihatan pendengaran dan gaya hidup bersama anda. Beliau akan memberi gambaran yang tepat mengenai persekitaran pendengaran dan rutin harian anda: Apakah yang anda lakukan sebagai pekerjaan? Adakah anda gemar mendengar muzik? Adakah anda sering pergi melancong?
2. Ujian Pendengaran
Seterusnya, anda akan menjalani ujian pendengaran dan/atau pertuturan bagi menilai tahap pendengaran di kedua-dua belah telinga anda. Kami akan melakukan pemeriksaan fizikal telinga anda dan menguji pendengaran anda untuk menetahui tahap pendengaran anda di seluruh spektrum bunyi. Kami juga mungkin akan menilai betapa baik kemampuan anda mendengar dalam bunyi bising.
Audiologis anda akan memberi keterangan mengenai keputusan ujian dengan secara terperinci. Sekiranya keputusan ujian anda menunjukkan terdapat masalah pendengaran, Audiologis akan mencadangkan alat bantu dengar yang bersesuaian dengan tahap pendengaran dan keperluan anda, berdasarkan kesimpulan mengenai gaya hidup anda.
3. Percubaan Percuma
Seterusnya, alat bantu dengar pilihan anda akan diprogramkan melalui komputer oleh Audiologis, dalam memastikan ia memenuhi keperluan peribadi dan keputusan ujian pendengaran anda. Selepas itu, anda akan diberi peluang untuk mencuba mendengar dengan alat bantu pendengaran untuk pertama kali dan membawa pulang untuk percubaan percuma. Audiologis anda akan membuat pemeriksaan secara berkala bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar dan melaraskan tetapan alat bantu pendengaran sekiranya diperlukan.