LANGKAH PERTAMA: UJIAN OTOSKOPI
Audiologis kami akan menjalankan ujian otoskopi untuk melihat samada masalah pendengaran anda melibatkan kerosakan saluran lubang atau gegendang telinga. Audiologis akan menggunakan instrumen khas yang dinamakan otoskopi atau video otoskopi untuk memeriksa kondisi bahagian telinga luar
LANGKAH KEDUA: UJIAN PENDENGARAN
Seterusnya, audiologis akan menentukan tahap dan jenis pendengaran anda. Ujian pendengaran komprehesif ini akan dijalankan oleh pegawai pemulihan pendengaran yang berkelayakan, antara komponen ujian yang bakal dijalankan:
- Otoscopy – A visual examination of the ear canals (our video otoscopes allows you to see inside your own ears)
- Audiometri - Ujian ini akan dijalankan dalam bilik kedap bunyi yang akan menguji kebolehan seseorang individu untuk mendengar variasi frekuensi bunyi yang diberikan. Pertuturan juga akan digunakan untuk menguji samada individu mengalami kesukaran untuk mendengar di kawasan sunyi atau bising.
- Tympanotmetri - Ujian ini tidak memerlukan tindak balas dari pesakit dan juga cepat untuk dijalankan. Ujian ini akan memberi keputusan mengenai status tekanan telinga tengah dan juga pergerakan gegendang telinga serta tulang di telinga tengah.
- Pelepasan Otoakustik - Ujian ini mengakses status sel rambut di dalam koklea. Ujian ini juga tidak memerlukan tindak balas dari pesakit. Ia boleh dilakukan dalam keadaan pesakit tidur ataupun sedar. Variasi bunyi pelbagai frekuensi akan diberikan dan mikrofon akan menangkap respons dari sel rambut koklea.
LANGKAH KETIGA : PILIHAN PEMULIHAN
Alat Bantu Pendengaran
Pemilihan alat bantu pendengaran akan dilakukan mengikut kesesuaian keperluan gaya hidup anda berdasarkan teknologi yang terkini serta bentuk yang unik menepati keputusan ujian pendengaran anda. Komponen asas yang terdapat dalam alat bantu pendengaran ini adalah mikrofon, amplifier, receiver, dan pemprosesan terkecil. Keberkesanan alat bantu pendengaran anda adalah gabungan daripada kepakaran professional, perisian luaran dan dalaman.
Pembedahan dan Implan
Teknologi terkini dalam perubatan membolehkan pembedahan dilakukan dengan memasukkan peranti untuk membantu pemulihan pendengaran. Ditambah dengan bantuan kemahiran pembacaan bibir, ini sekaligus dapat membantu pesakit membezakan sesetengah bunyi. Selalunya, untuk pemilihan alat bantuan pendengaran jenis implan sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah pendengaran tahap sangat teruk atau “dead ear” yang mana alat bantuan pendengaran biasa tidak dapat memberi manfaat dalam mengubah kualiti pendengaran.Antara jenis pembedahan impan ini adalah:
- Koklea implan
- Implan telinga tengah
- Alat bantuan pendengaran “bone-anchored”
- Implan auditori pangkal otak
- Pembelajaran dan kaunseling - Keputusan ujian yang dilakukan akan dijelaskan secara mudah dan terperinci. Keperluan untuk ujian serta evaluasi yang lebih lanjut, rawatan yang bertepatan, kesan kehilangan pendengaran terhadap individu serta ahli keluarga dan keberhasilan pemulihan juga akan diterangkan. Jika alat bantuan pendengaran dicadangkan, demonstrasi semasa akan ditunjukkan untuk mengenal pasti kehilangan pendengaran serta potensi untuk pemulihan pendengaran