Menu
Your Cart

Warga emas yang mengalami masalah pendengaran mungkin akan mengganggu rutin harian mereka - Pakar


KUALA LUMPUR: Kehilangan sensitiviti deria pendengaran bagi orang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza. Audiologis 20dB Hearing, Nurul Amirah Mior Hasim berkata warga emas yang tidak mendapatkan rawatan untuk masalah pendengaran berisiko berdepan kesukaran menjalani rutin harian. 

“Bagi seorang dewasa yang mengalami masalah pendengaran ringan pula, kebiasaannya mereka masih boleh meneruskan kehidupan seperti biasa. 

“Tetapi bagi warga emas, masalah pendengaran ringan itu boleh menyebabkan mereka susah untuk berkomunikasi dalam meneruskan dengan rutin harian. 

“Ini kerana, fungsi kognitif warga emas telah merosot. Sebab itu, warga emas yang menghidapi masalah pendengaran berisiko tinggi mendapat dementia atau penyakit lupa. 

"Sebagai contoh, apabila kita berjumpa dengan orang tua, mereka akan ulang cerita yang sama kerana pengalaman di usia muda itu mudah tersimpan dalam ingatan jangka panjang.

“Berbanding perkara yang dialami selepas warga emas ini hidapi masalah pendengaran, maklumat itu tidak dapat diproses oleh otak dengan sempurna lalu terlepas dari simpanan kotak memori mengakibatkan penyakit lupa,” katanya. Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Isnin.

Agenda AWANI | Kesan Masalah Pendengaran Pada Rutin Harian

Agenda AWANI | Kepentingan Pendengaran Untuk Emosi Warga Emas

Jelas Amirah lagi, tahap pendengaran seseorang diklasifikasikan kepada lima iaitu pendengaran normal, ringan, sederhana, teruk, dan sangat teruk.

Tahap klasifikasi ini hanya boleh ditentukan melalui ujian pendengaran dengan audiologis yang bertauliah.

Dalam temu bual yang sama, Audiologis 20dB Hearing, Nur Ameera Johaniz berkata pendengaran yang sihat merupakan aspek yang penting untuk komunikasi antara ahli keluarga.

Jelasnya, tanpa pendengaran yang jelas, adalah sukar untuk warga tua meluahkan perasaan dan menjaga emosi sebaiknya.

“Apabila ibu bapa mula hilang pendengaran, mereka akan mula mengasingkan diri. Ibu bapa rasa malu untuk bercakap kerana perlu minta pengulangan yang kerap dan tidak lagi menganggap berbual sesuatu yang menyeronokkan.

“Oleh itu, mereka akan lebih kerap menyendiri dan tidak berbual. Kita mahu gunakan inisiatif ini untuk beri kesedaran betapa pentingnya pendengaran dalam menjamin kestabilan emosi,” ujarnya.

Oleh itu, beliau menyarankan selain pemeriksaan kesihatan umum, warga emas juga harus membuat saringan kesihatan pendengaran dan mendapatkan rawatan rehabilitasi pendengaran di peringkat awal.

Saringan pendengaran yang percuma bagi warga emas berusia 60 tahun ke atas boleh didapati di pusat pendengaran 20dB Hearing yang memiliki 30 cawangan pusat pendengaran di seluruh negara.

Jangan tunggu lagi untuk menangani masalah pendengaran anda. Kunjungi cawangan 20dB Hearing terdekat dan mulakan pendengaran yang lebih baik. Hubungi di talian 1800 88 2032 atau WhatsApp di 012-942 7729.

Agenda AWANI | Dengar: Hadiah Terbaik Untuk Ibu Bapa 

Share:
ISO Certified Company Syarikat Bertauliah ISO
International Support Sokongan Antarabangsa
Customized Hearing Solution Penyelesaian Pendengaran Tersuai
MAHP Registered Audiologists Audiologis Berdaftar MAHP
Satisfaction Guarantee Jaminan Kepuasan
Best in Customer Service Terbaik dalam Perkhidmatan Pelanggan
Best in Corporate Social Responsibility Terbaik dalam Tanggungjawab Sosial Korporat
Sign up now to enjoy complimentary 1 to 1 consultation by certified audiologist!