Kehilangan pendengaran boleh meningkat secara perlahan dari semasa ke semasa, dan perubahan yang beransur-ansur ini sering tidak disedari, tanpa mengira usia. Dengan melakukan pemeriksaan pendengaran setiap tahun, anda akan tahu jika anda mengalami sebarang jenis kehilangan pendengaran.
Berikut adalah tiga manfaat utama menjalani ujian pendengaran secara berkala:
Pengesanan Awal Kehilangan Pendengaran
Sangat penting bagi individu untuk mengambil tindakan proaktif sebaik sahaja mereka menyedari bahawa mereka mengalami kehilangan pendengaran. Pengesanan awal kehilangan pendengaran boleh diperbaiki jika boleh dirawat, dan kehilangan pendengaran selanjutnya dapat dicegah. Selain itu, pengenalan awal ini sangat penting bagi kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran dalam aspek pemerolehan bahasa. Semakin awal kehilangan pendengaran dikenal pasti, semakin awal intervensi dan pemulihan dapat dimulakan. Dengan itu, hasil yang lebih baik dan kualiti hidup yang lebih baik dapat dicapai.
Peningkatan Komunikasi
Kehilangan pendengaran yang tidak dirawat boleh memberi kesan kepada hubungan dan membawa kepada salah faham serta pengasingan sosial. Dengan melakukan pemeriksaan pendengaran secara berkala, sebarang kesukaran pendengaran dapat dikesan lebih awal. Alat bantu pendengaran dan peranti bantuan lain boleh meningkatkan keupayaan untuk berkomunikasi dengan berkesan. Mereka yang mengalami kehilangan pendengaran tidak perlu mengelak daripada menghadiri perjumpaan sosial atau merasa tertekan untuk mengikuti perbualan biasa. Dalam beberapa keadaan, ini boleh mengubah hidup mereka.
Mengurangkan Kemunduran Kognitif
Penyelidikan telah menemukan hubungan yang kuat antara kehilangan pendengaran dan perkembangan demensia pada orang dewasa yang lebih tua. Oleh itu, ini merupakan peluang bagi mereka yang telah menjalani ujian pendengaran secara rutin, supaya kehilangan pendengaran mereka dapat ditangani lebih awal. Penyelidikan juga menunjukkan bahawa menggunakan alat bantu pendengaran dan intervensi pendengaran lain untuk merawat kehilangan pendengaran mungkin membantu memperlahankan masalah kognitif.
Nabila Norzali, Pakar Audiologi Kanan di 20dB Hearing Sungai Petani