Antara tanda-tanda anda mempunyai masalah pendengaran adalah:
Penilaian kendiri pendengaran harapnya dapat membimbing anda melakukan penilaian awal dan membantu menentukan sama ada anda harus menghubungi kami untuk mendapatkan bantuan/saranan yang lebih lanjut.
Kehilangan pendengaran adalah keadaan di mana keupayaan anda untuk mendengar berkurangan yang menjadikannya lebih sukar untuk anda mendengar pertuturan dan bunyi lain. Fenomena ini agak biasa, terutamanya di kalangan orang dewasa yang lebih tua. Individu dengan pendengaran normal dapat mendengar bunyi pada 20dB atau lebih rendah. dB ialah akronim untuk desibel yang merupakan unit ukuran tahap bunyi. Semakin kuat bunyi, semakin besar nilai desibel. Jika ambang pendengaran anda (tahap bunyi terendah yang anda boleh dengar) melebihi 20dB, anda dikatakan mengalami kehilangan pendengaran.
Kehilangan pendengaran boleh dikaitkan dengan banyak faktor. Satu punca biasa kehilangan pendengaran adalah usia tua. Ini adalah sebahagian daripada haus dan lusuh semula jadi badan. Punca lain termasuk pendedahan kepada bunyi yang kuat, penggunaan ubat ototoksik, jangkitan telinga, kelainan pada struktur telinga, tumor dan banyak lagi. Ujian standard emas untuk mendiagnosis kehilangan pendengaran ialah ujian Audiometri Nada Tulen. Ujian ini akan menentukan jenis dan keterukan kehilangan pendengaran anda dan hasilnya digunakan oleh pakar audiologi untuk memprogramkan alat bantuan pendengaran anda.
Terdapat beberapa kos yang perlu diambil kira dalam mendapatkan alat bantu pendengaran iaitu kos alat itu sendiri serta kos sampingan yang lain. Harga alat bantu pendengaran bergantung kepada kecanggihan teknologi alat. Biasanya alat bantu pendengaran digital yang dilengkapi dengan fungsi asas berharga sekitar beberapa ratus sehingga seribu lebih. Manakala alat digital yang lebih canggih mampu mencecah beberapa ribu ringgit. Walaupun begitu, dengan alat digital yang lebih canggih, anda mampu menikmati bunyi yang berkualiti serta kurang mendapat gangguan bunyi bising khususnya di tempat orang ramai.
Kos sampingan pula termasuk bateri, bahan pengering, acuan telinga yang perlu ditukar secara berkala dan juga kos membaiki alat selepas tempoh jaminan tamat. Selain itu, audiologis anda mungkin mengenakan caj untuk perkhidmatan audiologi yang disediakan. Walaupun begitu, kos yang dinyatakan amat berbaloi jika di bandingkan dengan masalah komunikasi yang dihadapi.
Ya, alat bantu pendengaran merupakan alat yang digunakan secara meluas dalam mengatasi masalah pendengaran serta masalah komunikasi yang dialami. Kajian menunjukkan sebanyak 93% yang mengalami masalah pendengaran mendapat manfaat daripada penggunaan alat bantu pendengaran dengan bimbingan audiologis.
Alat bantu pendengaran menguatkan bunyi yang memasuki telinga. Sel rerambut telinga yang masih sihat akan mengesan getaran bunyi tersebut dan menukarkan ia kepada isyarat saraf yang akan dihantar ke otak.
Semakin banyak sel rerambut yang rosak, semakin serius masalah pendengaran yang dihadapi dan seterusnya semakin kuat alat bantu pendengaran menguatkan bunyi.
Audiologis yang bertauliah akan menentukan sejauh mana kekuatan bunyi diperlukan untuk setiap individu. Tetapi harus diingatkan bahawa alat bantu pendengaran tidak akan mengembalikan pendengaran anda yang hilang. Sebaliknya, ia berfungsi untuk membantu anda mendengar dan memahami pertuturan dengan lebih baik agar anda boleh kembali menikmati perbualan bersama rakan dan keluarga
“ Maaf, boleh kuatkan sedikit suara?”
Jawapannya adalah “sekarang” sekiranya anda kerap bertanyakan soalan tersebut. Semakin cepat anda menyesuaikan diri memakai alat, semakin bagus hasil yang anda rasai. Sememangnya, tiada siapa yang suka memakai alat bantu pendengaran, tetapi cuba fikirkan kesan yang akan anda hadapi sekiranya tidak memakai alat bantu pendengaran dalam komunikasi harian anda. Komunikasi dua hala yang berkesan memerlukan anda dan pasangan anda mendengar dan bertindak balas dengan betul tanpa sebarang salah faham. Oleh itu segera berjumpa dengan audiologis yang bertauliah untuk masalah pendengaran anda.
Alat pendengaran digital menawarkan sistem mikrofon yang boleh memproses suara dengan mengurangkan sebanyak mungkin bunyi latar/persekitaran yang bising. Walau bagaimanapun, kebisingan tidak dapat di hilangkan sepenuhnya oleh alat bantu pendengaran, dan memelihara kebisingan persekitaran juga dapat menjadikan pengalaman mendengar lebih semula jadi.
Dirujuk sebagai tindak balas bunyi (feedback), siulan boleh berlaku kerana alat pendengaran anda dimasukkan dengan posisi yang kurang betul atau kelantangan bunyi anda terlalu tinggi. Boleh berbincang dengan ahli audiologis anda, yang akan menentukan sama ada alat pendengaran anda memerlukan penyesuaian/perubahan lebih lanjut.
Apabila anda mula memakai alat bantu pendengaran, telinga anda mungkin akan mengalami ketidak-selesaan ketika anda sedang menyesuaikan diri. Sekiranya kesakitan ini berterusan setelah beberapa minggu, berbincang dengan ahli audiologis anda dalam menentukan sama ada alat pendengaran anda memerlukan sebarang perubahan yang lebih lanjut.
Tidak. Ramai yang menghidapi tinitus mengalami kelegaan selepas memakai alat bantu pendengaran. Sekiranya anda mengalami perubahan dalam tinnitus anda, dikehendaki segera menghubungi kami.
Memakai alat bantu pendengaran untuk pertama kali menghendaki anda untuk mempelajari semula cara mendengar; dan anda boleh menjangkakan penyesuaian dalam pemakaian untuk jangka masa yang pendek. Namun diingatkan, pengalaman ini mungkin akan berbeza bagi setiap orang. Anda boleh berbincang dengan ahli audiologis anda mengenai sebarang masalah yang dialami. Bersabarlah dan terus berusaha - anda pasti akan menikmati faedahnya pada masa akan datang.
Alat bantu pendengaran tidak dapat mengembalikan pendengaran menjadi normal. Walaupun bunyi kedengarannya lebih kuat, bunyi yang kuat itu masih dihantar ke sel-sel rambut yang sudah rosak di dalam organ koklea.
Memasang alat bantu pendengaran pada masalah pendengaran sensorineural (sel-sel rambut organ yang rosak) adalah seperti memasang cermin mata pada seseorang yang mengalami kerosakan pada retina. Namun untuk pemasangan bagi masalah pendengaran konduktif, di mana sel-sel rambut masih utuh, ia lebih kurang sama dengan pemasangan cermin mata.
Kesimpulannya, sel-sel rambut yang rosak tidak dapat diganti menjadikan ABP hanya dapat meningkatkan kemampuan anda untuk mendengar dan dapat meningkatkan kualiti hidup menjadi lebih baik.
Kami menawarkan program percubaan sebelum anda membeli secara sendiri. Program ini membolehkan anda mencuba dan membawa pulang ABP yang mempunyai tahap prestasi yang berbeza dalam situasi pendengaran yang sebenar . Anda sendiri yang akan memutuskan prestasi teknologi yang paling sesuai - sebelum membuat pembelian alat. Ahli audiologis kami akan menyesuaikan alat bantu pendengaran mengikut tahap pendengaran; yang memberikan keselesaan dan suara yang optimum sehingga anda dapat merasakan pengalaman untuk pemakaian secara harian.
Untuk berkomunikasi secara berkesan, anda perlu menggunakan telinga dan mata sepenuhnya dan mungkin tidak dapat berkomunikasi dengan baik jika menggunakan alat bantu pendengaran sahaja. Untuk mendapatkan komunikasi yang optimum, gerak-geri mulut, bahasa badan dan ekspresi wajah juga perlu diambil kira.
Selain itu, di nasihatkan untuk merapatkan jarak antara pembicara dan pendengar, mengurangi atau menghilangkan suara latar/persekitaran bising dalam lingkungan mendengar dan menggunakan pencahayaan yang baik.
Sekiranya seseorang bercakap dengan anda daripada ruang bilik lain, semasa radio dihidupkan, disertakan kanak-kanak bermain di sisi, adalah sangat sukar untuk berkomunikasi secara efektif, walaupun menggunakan alat bantu pendengaran yang hebat.
Memandangkan negara kita belum mempunyai telecoil terbina dalam telefon rumah biasa, penggunaan telefon boleh menimbulkan masalah. Satu-satunya cara ialah mengangkat penerima telefon dekat (tetapi jangan terlalu dekat, supaya tidak menyebabkan maklum balas!) mikrofon alat bantu pendengaran. Anda juga boleh mempertimbangkan pad telefon jika anda memakai alat bantuan pendengaran yang dibuat khas. Ia berfungsi untuk mengurangkan maklum balas dan anda boleh meletakkan penerima di telinga anda seperti biasa.
Sebagai alternatif, anda boleh membeli telefon khas dengan telegelung terbina dalam. Dengan cara itu, anda boleh menggunakan telegelung dalam alat pendengaran anda untuk bercakap tanpa gangguan bunyi latar belakang. Sila berbincang dengan pakar audiologi anda tentang alat bantu pendengaran dan telefon dengan telegelung.
Atau anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk menggunakan telefon yang dikuatkan yang meningkatkan kelantangan untuk memudahkan mendengar. Begitu juga, pakar audio anda akan dapat memberikan anda peranti yang sesuai yang sesuai dengan keperluan pendengaran anda.
Banyak faktor yang mempengaruhi jangka hayat alat. Ini adalah termasuk cara anda mengendalikan alat, membersih alat secara berkala, persekitaran di tempat kerja, kimia badan ( perpeluhan ) dan kelembapan iklim (jangka hayat semakin pendek di kawasan yang berkelembapan tinggi)
Secara mekanikal, jangka hayat alat mampu bertahan selama beberapa tahun dengan penjagaan yang baik. Walaubagaimanapun, keperluan untuk menukar komponen alat serta penambahbaikan elektronik yang berterusan memendekkan jangka hayat alat kepada 3 hingga 5 tahun. Walaupun alat tersebut mampu bertahan lama, kecanggihan teknologi dan keinginan untuk mendapatkan teknologi yang lagi baik menyumbang kepada faktor jangka hayat tersebut.
Namun apabila kos membaiki alat terlalu tinggi, ini boleh dijadikan indikasi untuk mendapatkan alat yang baru.
Alat bantu pendengaran menguatkan setiap bunyi yang ditangkap masuk oleh mikrofon termasuk bunyi bising. Pada permulaan, anda mungkin agak keliru kerana setelah sekian lama telinga anda tidak dirangsang dengan bunyi. Ini adalah kerana otak kita hanya lupa mentafsir bagaimana bunyi itu di dengari dan bagaimana cara untuk menapis bunyi yang tidak penting. Anda perlu melatih otak untuk menapis bunyi yang tidak penting dan fokus terhadap bunyi yang ingin didengari. Anda mungkin perlu melaraskan bunyi alat pendengaran pada tahap yang rendah untuk mengurangkan bunyi persekitaran yang bising. Ini adalah kerana di dalam suasana yang bising orang sekeliling akan cuba menguatkan suara agar dapat didengari.
Anda mesti belajar semula untuk memproses bunyi serta menapis bunyi yang penting dan tidak penting. Harus diingatkan, mereka yang mempunyai tahap pendengaran yang normal juga mengalami masalah untuk mendengar dengan jelas di dalam persekitaran yang bising. Walaubagaimanapun, kebolehan untuk fokus kepada bunyi boleh dipelajari kembali dengan praktis.
Hasil daripada kecanggihan teknologi, sesetengah alat pendengaran dilengkapi dengan ciri ciri istimewa untuk menguatkan bunyi yang diingini serta mengurangkan bunyi bising yang masuk. Ciri ciri tersebut adalah ‘directional microphone’ dan litar pengurangan bunyi bising. Sila dapatkan penerangan terperinci daripada audiologis anda mengenai ciri ciri tersebut.
Tidak, alat bantu pendengaran tidak merosakkan pendengaran anda. Sekiranya anda memakai alat bantu pendengaran dengan kerap, anda akan merasa tidak lengkap jika tidak memakai alat kerana anda sudah terbiasa dengan bunyi yang didengari melalui alat. Prinsip sistem pendengaran adalah samada kita gunakan pendengaran yang masih ada atau kita akan kehilangan pendengaran tersebut. Semakin lama telinga yang tidak dibantu dibiarkan, semakin merosot kemahiran mendengar dan pemahaman sesuatu ayat. Belajar semula untuk mendengar memakan masa yang lama dan prosesnya akan semakin sukar.
Mendengar dengan dua belah telinga adalah normal seperti mana kita melihat melalui dua belah mata kita. Secara asalnya, sepasang alat pendengaran diperlukan jika kedua dua belah telinga yang mempunyai masalah pendengaran mampu mendapat manfaat daripada penggunaan alat tersebut. Ada hikmah kita dilahirkan dengan dua belah telinga. Kita mempunyai dua belah telinga kerana kita memerlukan kedua duanya. Kita tidak boleh berharap dapat mendengar dengan baik jika kita hanya cuba menguatkan bunyi di sebelah telinga sahaja. Malahan, alat bantu pendengaran yang paling bagus pun tidak mampu menghasilkan kesan yang efektif sekiranya dipakai di sebelah telinga sahaja.
Terdapat beberapa faedah memakai alat di kedua dua belah telinga dan masalah yang dihadapi jika memakai alat di sebelah telinga sahaja – walaupun sesungguhnya anda merupakan calon penguat binaural.
Kita tidak dapat mendengar dengan baik jika hanya menggunakan sebelah telinga. Kajian menunjukkan kanak kanak yang mendengar hanya di sebelah telinga sepuluh kali lebih berisiko mengulangi pembelajaran berbanding kanak kanak yang mendengar secara normal di kedua dua belah telinga. Tambahan pula jika anda mempunyai masalah pendengaran di kedua dua belah telinga dan hanya memakai alat di sebelah telinga sahaja, kebolehan mengenal pasti perkataan di bahagian yang tidak di bantu akan merosot dengan cepat berbanding dengan telinga yang dibantu.
Terdapat tiga jenis alat bantu pendengaran. Antaranya adalah:
TEKNOLOGI ANALOG – Teknologi yang wujud selama beberapa dekad lamanya. Teknologi analog adalah teknologi asas yang menawarkan kemampuan penyesuaian yang terhad.
TEKNOLOGI PROGRAM SECARA DIGITAL- Teknologi alat bantu pendengaran yang sederhana. Sebenarnya ia adalah analog unit secara digital yang dikawal oleh komputer di dalam pejabat.
TEKNOLOGI DIGITAL- Teknologi alat bantu pendengaran yang paling canggih. Alat pendengaran digital adalah 100% digital. Secara ringkasnya, ia adalah komputer yang lengkap dengan sendirinya. Teknologi digital membolehkan audiologis mengawal semaksimum mungkin kualiti bunyi dan ciri ciri pemprosesan bunyi. Audiologis dengan mudahnya dapat mengawal parameter mengikut apa yang perlu didengar dan apa yang mahu dengar. Seiring dengan teknologi, terdapat banyak ciri-ciri yang canggih seperti pembatalan tindak balas, pembatalan bunyi bising dan mikrofon berarah. Alat pendengaran digital sekarang adalah yang paling bagus dalam memenuhi keperluan masalah pendengaran.
Pengguna seharusnya berhati hati dalam mendapatkan servis dan produk yang betul kerana penjualan alat bantu pendengaran di Malaysia masih lagi belum dapat dikawal selia. Terdapat beberapa tip yang berguna untuk panduan anda.
Tanya sekiranya bayaran dapat dikembaliakn jika alat yang dibeli tidak memuaskan
Kami doakan anda berjaya dalam proses rehabilitasi/pemulihan dan seterusnya menikmati komunikasi yang efektif bersama yang tersayang.
Alat bantu pendengaran yang bagus bergantung kepada beberapa faktor antaranya tahap pendengaran yang dihadapi, persekitaran khusus yang dikehendaki, penglihatan dan kemampuan fizikal, bentuk dan saiz alat, teknologi alat serta belanjawan yang anda peruntukkan untuk mendapatkan alat bantu pendengaran.
Cara yang betul untuk menentukan alat bantu pendengaran yang terbaik buat anda adalah melakukan ujian pendengaran dengan audiologis yang berkelayakan dan seterusnya dapat menerangkan pro dan kontra untuk setiap jenis alat bantu pendengaran.
Ia adalah perkara yang biasa untuk sesi tersebut memakan masa selama 1 jam dalam pemilihan alat yang sesuai untuk anda.
Kebanyakan mereka yang mempunyai masalah pendengaran beranggapan alat bantu pendengaran ini bising kerana mereka tidak dapat bertoleransi dengan bunyi bising persekitaran yang sudah lama mereka tidak dengar akibat daripada pendengaran yang tidak dirawat dalam jangka masa yang lama.
Selain itu, teknologi alat bantu pendengaran juga menentukan kualiti bunyi yang dihasilkan. Sebagai contoh litar alat bantu pendengaran jenis analog itu sendiri menghasilkan bunyi bising, yang mana boleh memberi ketidakselesaan kepada pemakai yang seterusnya mempengaruhi pengalaman mendengar. Walaupun begitu, terdapat alat bantu pendengaran jenis digital yang boleh di program mengikut tahap pendengaran individu serta membaik pulih kejelasan bunyi yang didengari dan menawarkan pemprosesan bunyi yang lebih cepat di samping meningkatkan kualiti bunyi terutama dalam persekitaran bising.
Kami akan mencadangkan alat bantu pendengaran jenis digital yang bersesuaian dengan belanjawan anda, dan membantu anda untuk belajar semula mendengar bunyi. Walaupun begitu, mereka yang mempunyai tahap pendengaran yang normal juga mengalami masalah untuk mendengar dengan jelas di dalam persekitaran yang bising.
Akan tetapi, kemampuan untuk fokus pada bunyi penting contohnya pertuturan, boleh dipelajari semula dengan latihan.
Berjumpa dengan Audiologis untuk preskripsi dan pemakaian alat bantu pendengaran. Audiologis merupakan golongan profesional yang mempunyai kepakaran dalam membuat penilaian dan memberi rawatan untuk mereka yang mempunyai masalah pendengaran. Audiologis adalah orang yang berkelayakan melakukan penilaian ujian pendengaran dan mereka mempunyai ijazah di dalam bidang Audiologi. Audiologis boleh memberikan penilaian menyeluruh, latihan dalam pemakaian alat pendengaran dan penggunaan termasuk memberi kaunseling dalam strategi komunikasi pendengaran. Jangan keliru dengan Audiologis dan Pakar ENT. Pakar ENT adalah doktor yang mempunyai kepakaran dalam merawat masalah telinga, hidung dan tekak. Kebiasaannya, Audiologis dan pakar ENT bekerjasama untuk menyelesaikan masalah pesakit yang berkaitan dengan pendengaran.
Berapa kerap saya perlu mengecas alat bantu pendengaran saya?
Alat bantu pendengaran hendaklah dicas setiap malam atau bila-bila masa ia tidak digunakan.
Berapa lama masa yang diambil untuk mengecas sepenuhnya alat bantuan pendengaran?
Jika bateri telah habis sepenuhnya, ia mengambil masa kira-kira 3 jam untuk mengecas sepenuhnya alat bantuan pendengaran.
Berapa lama bateri alat pendengaran bertahan selepas ia dicas penuh?
Alat bantu pendengaran yang dicas penuh akan bertahan selama satu hari penuh. Walau bagaimanapun, hayat bateri akan berbeza-beza bergantung pada jumlah penggunaan dan penstriman.
Bagaimanakah saya tahu sama ada alat bantuan pendengaran sedang dicas?
Lampu penunjuk pada alat bantuan pendengaran akan berkelip apabila dimasukkan dengan betul ke dalam pengecas. Jika lampu penunjuk pada alat bantu pendengaran tidak menyala, ini bermakna alat bantu pendengaran tidak dimasukkan dengan betul dan tidak dicas. Berkelip merah, oren dan hijau adalah petunjuk status pengecasan alat pendengaran.
Bagaimanakah saya tahu sama ada alat bantuan pendengaran telah dicas sepenuhnya?
Lampu penunjuk pada alat bantu pendengaran akan bertukar hijau pejal apabila ia dicas penuh.
Adakah saya perlu mematikan kuasa apabila alat bantu pendengaran dicas penuh?
Tidak, anda tidak perlu mematikan bekalan kuasa walaupun alat bantuan pendengaran telah dicas sepenuhnya. Proses pengecasan akan berhenti secara automatik apabila bateri dicas sepenuhnya. Oleh itu, alat bantu pendengaran tidak akan dikenakan caj berlebihan dan ia boleh ditinggalkan dengan selamat di dalam pengecas.
Apakah yang berlaku jika saya meninggalkan alat bantuan pendengaran dalam pengecas yang dicabut?
Alat bantu pendengaran akan dihidupkan secara automatik dan bateri akan mula kehabisan.
Adakah saya perlu menutup penutup pengecas semasa mengecas?
Ya, adalah disyorkan untuk menutup penutup pengecas kerana terdapat kapsul pengeringan untuk memastikan alat bantuan pendengaran kering semasa mengecas semalaman. Menutup penutup pengecas juga akan menghalang habuk daripada terkumpul di dalam port pengecasan yang boleh menjejaskan prestasi pengecasan.
Bagaimana untuk menghidupkan dan mematikan alat bantu pendengaran?
Alat bantu pendengaran akan dimatikan secara automatik apabila dimasukkan ke dalam pengecas dan akan dihidupkan secara automatik apabila dikeluarkan daripada pengecas (apabila dipasangkan). Jika tidak, anda boleh menghidupkan dan mematikan alat pendengaran secara manual dengan menekan butang bawah pada alat bantuan pendengaran.
HIDUP: tekan dan tahan butang bawah sehingga lampu penunjuk bertukar hijau
OFF: tekan dan tahan butang bawah sehingga lampu penunjuk bertukar merah
Alat bantu pendengaran (ABP) boleh berfungsi dengan baik apabila disesuaikan dengan betul mengikut tahap pendengaran. ABP fungsinya menguatkan suara! Anda mungkin menyukai alat bantu pendengaran dan merasakan pendengaran menjadi lebih baik. Alat bantu dengar kiri dan kanan preskripsinya berlainan dan mungkin tidak sesuai untuk di pakai berlainan telinga . Alat bantu pendengaran harus bersesuaian mengikut fizikal dan kualiti suara. Alat pendengaran tidak memulihkan pendengaran menjadi normal dan mungkin tidak sebaik pendengaran biasa.
Sebelum anda terbiasa, suara anda akan terdengar "lucu" ketika anda memakai alat bantu pendengaran. Alat pendengaran tidak digalakkan untuk dipakai di dalam persekitaran yang sangat bising. Namun terdapat sesetengah ABP mempunyai ciri-ciri yang menjadikan persekitaran yang bising rasa selesa; akan tetapi ia tidak dapat membantu menghilangkan bunyi persekitaran secara terus.
Otolaringologis ( telinga, hidung, tekak atau Pakar ENT) adalah doktor yang mempunyai kepakaran dalam merawat mereka yang mempunyai masalah telinga, hidung, tekak, kepala, dan leher. Pakar ENT merawat mereka yang memerlukan ubat dan yang akan menjalani pembedahan.
Hayat bateri bergantung pada jangka masa anda memakai alat bantu pendengaran anda, ukuran alat bantu pendengaran anda, jenis litar yang anda miliki, dan ukuran bateri yang anda gunakan. Boleh bertanya kepada ahli audiologis anda mengenai jangka hayat bateri dengan lebih lanjut dan boleh rujuk panduan alat bantu pendengaran anda untuk maklumat tambahan.
Dapatkan alat bantu pendengaran terbaik anda dengan bantuan pakar audiologi yang berkelayakan dan berpengalaman secara percuma.
Bermula dengan menghubungi 1800-88-2032 atau
WhatsApp atau isikan Borang temu janji dan wakil kami akan menghubungi anda secepat mungkin.